Wednesday, January 16, 2013

I love u ABAH n IBU..

Balik kg ritu, dapat hadiah rantai tangan, sebagai hadiah birthday..
cantiikkk (^___^) Alhamdulillah... 




Tanya kat abah, "hadiah daripada siapa ni,abah?"... 
abah jawab, "hadiah daripada ibu tu, ibu sekrg kan meniaga,lagi byk duit dia daripada abah...:P "(sempat lg abah usik ibu..hehe)

masa nk test pakai rantai tu, depan abah, ambo saja2 wat susah nk cakuk rantai tu, (padahal meme payoh pon nk cakuk guna sebelah tangan) 

pahtu, sua kat abah,wat muka kesian,sbb xdpt cakuk, abah pun tolong la pakaikan kat anak dya ni..lembut je tangan abah pakaikan kat ambo..

*sekali-sekala bermanja dengan abah*


pahtu, g tanya kat ibu,ibu ka yg pilih hadiah ni..

ibu kata,"xla,ibu berkenan kat rantai leher yg lain, abah kamu tu yang nak sgt beli rantai tangan, ibu pun ikut ja la..hehe*
adik perempuan ambo yg ikut sekali masa g kedai,mengiakan apa yang ibu katakan..

terharunya rasa masa tu..pandai abah pilih..

*dalam diam abah, banyak kasih sayang dia yg dia x ungkapkan*

pahtu, g kat abah, salam tangan dya,cium pipi dya, cakap "I LOVE u ABAH..thank u 4 everything~..."

abah senyum n kata, "jaga elok2, kalau hilang,xde dah hadiah lepas ni.."

insyaALLAH, :)


*already missing home*


p/s:

# cakap I LOVE U kat ibu abah kamu, pasti rasa senang di dasar hati, luah rasa terima kasih setiap hari, sebelum kamu terlambat mengucapkannya...
# jangan murahkan I LOVE U kamu tu untuk pakwe,balak @ boyapren kamu.. 
# LOVE adalah yang membawa ke SYURGA.. bukan pada yang menjunam kamu ke dasar NERAKA..

*JANGAN LUPA sedekahkan Al-Fatihah serta doa kepada parents kamu samada mereka masih hidup @ telah meninggal dunia..*

kasih abah terpahat di hati, 
kasih ibu ke syurga abadi, insyaALLAH..
redha ALLAH bersama redha ibu abah.. 



Pemalunya Menghias Iman ~


Ummul Mukminin Aisyah berkata, “ Setiap kali aku masuk ke rumahku yang di dalamnya telah dimakamkan jasad Rasulullah SAW dan ayahku sendiri, dan hendak membuka baju, aku berkata dalam hati, ‘Tidak perlu malu kerana di sini hanya ada suamiku dan ayahku sendiri.’ Tetapi setelah Umar RA dimakamkan di tempat yang sama, demi Allah, setiap kali berada di dalam rumah, aku selalu memakai pakaian lengkap, kerana malu kepada Umar RA 

(Bahjatul Majaalis, al-Qurthubi).

Sungguh indah peribadi murobbiah kita yang malu kepada insan-insan yang sudah tidak bernyawa. 

Namun realiti hari ini, sejauh mana rasa malu wanita-wanita kita?malu pada wanita zaman ini,sudah hilang..lucut bagai lucutnya baju daripada badan,maka hilanglah maruah wanita itu...

nauzubillahiminzalik....Y____Y

#seindahHiasanDuniaAdalahWanitaSolehah#

[gambar sebagai hiasan]


Tuesday, January 15, 2013

hatiku HANYA milik DIA..

Sedikit kupasan daripada forum bicara hati: hatiku HANYA milik DIA di USMKK [06/12/11]

#ada 3 cara mengenal cinta:
1) rasa rindu~{Akan "call" waktu yg bukan kebiasaan kita "call"..}
2) rela hati~
3) berjinak2 @ bermanja2...

jom kita muhasabah...kita ada x ciri2 ny,dlm kita mengejar cinta ILLAHI~
insya'ALLAH kalau ada,kita memng 'dilamun' CINTA TERAGUNG ♥...
subhanALLAH~Alhamdulillah...^___^


#Imam Ali zainal Abidin..
dalam doanya..
"yaALLAH,jangan Engkau tinggalkan aku seorang diri..aku tidak mampu hidup tanpa bimbinganMu yaAllah..
YaALLAH..jangan Engkau tinggalkan aku pada manusia,kerna mereka selalu mengecewakan aku...
Yang MAHA BERDIRI,Lagi MAHA HIDUP,dengan Rahmat MU yaALLAH,jangan Kau tinggalkan aku walaupun sekelip mata..."

Amiin3 yaRABB~

itulah cinta paling AGung..CINTA ILLAHi♥

#satu petikan kata2 panel forum,Imam Muda Ustaz Hizbur Rahman..

Jangan curi nikmat ALLAH,(nikmat cinta)..sebelum nikmat itu jadi milik kita sebenarnya..nanti nikmat ALLAH itu hilang kemanisannya....

*JANGAN JADI PENCURI HATI/CINTA*

Wallahua'lam...sedikit perkongsian..semoga bermanfaat..insya'ALLAH~

larian 4x4 [Analogi]

*ini analogi*

larian 4x4
~BILA PERLUMBAAN DIMULAKAN PELARI PERTAMA AKAN BERLARI DGN LAJU..SGT2 LAJU...KEMUDIAN SAMPAI PADA PEMAIN KEDUA..PEMAIN KEDUA BUAT APA??

~OK PELARI KEDUA SAMBUNG KEMUDIAN DIA PUN LARI DGN LAJU..SAMPAI PD PEMAIN KETIGA..PEMAIN KETIGA BUAT APA PLAK?

~OK PELARI KETIGA SAMBUNG & SAMPAI PADA PELARI KE 4..LEPAS TU PELARI KE 4 JALAN2 JE..DIA X LARI..AGAK2 APA PERASAAN 3 PELARI TD??

mestilah marah,hampa,sedih n pelbagai perasaan lagi kn?
----------------------------------------------------------------------------------------------
*maksud tersirat yg ingin disampaikan*

~KITA ANGGAPKAN YG PELARI PERTAMA ADALAH NABI KITA MUHAMMAD SAW..DIA BERTUNGKUS LUMUD DEMI NK SAMPAIKAN KALIMAH PD ORG KAFIR..BETULKAN FIKIR MEREKA..ESA KAN ALLAH..BIMBING MEREKA KEARAH YG BENAR...

~PELARI KEDUA TU KITA ANGGAP PARA SAHABAT..MEREKA SANGGUP KORBANKAN HARTA & NYAWA MEREKA DEMI AGAMA ALLAH..SANGGUP BERPERANG DI JALAN ALLAH SEMATA2 NK BANGUNKAN AGAMA..MEREKA BERTEBARAN SELURUH DUNIA KRN NK SERU MANUSIA KPD ALLAH..MEREKA SANGGUP TINGGALKAN ANAK ISTERI KRN AGAMA..

~PELARI KETIGA KITA ANGGAP PARA TABI'IN..MEREKA BERTUNGKUS LUMUS MENCARIK ILMU..SANGGUP KORBAN APA SAHAJA DEMI AGAMA..MEREKA SAMPAIKAAN SERUAN NABI SEHINGGALAH SAMPAI KPD KITA..

~TP MALANG..KITA ADALAH PELARI YG KE 4...kita umat akhir zaman golongan yg memusnahkn semua usaha2 nie..ASTAGHFIRULLAHALAZIIM..ampunkn kami ya Allah~

WAHAI KAWAN2KU...APA PERASAAN NABI MUHAMMAD SAW,SAHABAT R.A & PARA TABI'IN YG SELAMA INI BERSUSAH PAYAH UNTUK AGAMA,SANGGUP MENGGADAI NYAWA DEMI AGAMA TP BILA AGAMA SAMPAI PADA KITA,KITA HANYA AMBIL MUDAH..

APAKAH PERASAAN MEREKA SEKARANG???? 
CUBA KITA FIKIRKAN & KITA MUHASABAH DIRI KITA..
insyaALLAH~

*ALLAH SAYANG KITA, ALLAH bg masa hidup sebgai PELUANG BERTAUBAT, jgn sia2kan*

sama2 mengejar Redha ALLAH~ insyaALLAH~ Amiin3....

Doktor2, saya sakit hati..ada x ubatnya?

soalan lazim saya dapat....
"doc~saya sakit hati,ada ubatnya x?"

xtaw la apa jawapan yg depa 'expect' daripada saya..
tapi sekarang saya ada jawapan yg paling tepat..insyaALLAH~

INI JAWAPAN SAYA.. ALLAH BERI JAWAPAN INI ~

5 UBAT HATI~ Ubati hatimu yang luka, @ retak dengan terapi MUJARAB, insyaALLAH...
SELAMAT MENCUBA (^____^)


Excuse me, Where is the church? Ooh..sorry,i thought U are Non-Muslim.. (-__-)"

Seorang lelaki NON-MUSLIM datang ke Malaysia untuk bercuti, kebetulan pada hari tersebut merupakan hari agama baginya, dia pun pergilah mencari GEREJA berdekatan tetapi tidak diketemui.

Akhirnya beliau bertanya kepada seorang wanita: "Saudari, dimana Gereja yang terdekat?"

Kemudian wanita itu menjawab: "Maaf, saya ISLAM."

Selepas itu, non-muslim tadi berkata: "Oooo.. Saya ingat kamu adalah sebahagian dari kami (bukan Islam) sebab biasanya seorang wanita ISLAM akan pakai penutup kepala (jilbab). Maaf², saya tadi tidak dapat MEMBEZAKAN awak ISLAM atau Kristian.

Astaghfirullahalaziim.
.sekarang ni muka semua orang dah x leh kenal islam ka x..kacukan byk....nk beza islam ke x kena berpakaian islam la...huhu~

semoga mnjadi peringatan bersama...
*jgn smpai kena soal gtu oleh foreigner bru nk terasa...segan weyhhh~*


Tarbiah AGAMA bermula dari rumah.. ^__^~ cayangg baby~


Bismikallahumma nada'u
fi ghuduwiw warawa
la ka minna kullu hamdin
fi masa'iw wa sobaaahh...


hablana min ka rasyada
wahdina subulas solah
inna taqwallahi nurun
wa toriqu lil falaaahh...


maksudnya:
Dengan Nama-Mu Ya Allah kami meminta
Pada waktu pagi dan petang
Bagi-Mu segala pujian
Pada waktu petang dan pagi


Kurniakan kepada kami dari sisi-Mu petunjuk
Tunjukkan kami jalan kebaikan
Sesungguhnya ketaqwaan kepada Allah adalah cahaya
dan jalan kejayaan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





adik ambo ni yg berumur 5 tahun dh hafal lagu zikir ni [Hijjaz]..

comel je dia nyanyi..
ambo pun x hafal lg.. -__-"

pikir2 balik mcmna dia bleh hafal (dalam bahasa arab plak tu) ? 
sebabnya :
dari dia umur 1 tahun, masa ibu nak hantar adik perempuan ambo ke sekolah, ibu bawak dia sekali..dalam kereta,ibu selalu dengar IKIM.FM, pukul 7 pagi selalu ada zikir nim.. dengar selalu, terus dia senang hafal.. 

masyaALLAH, sayaanng dia banyak3 ♥ ♥

p/s:
pendidikan agama perlu bermula dari rumah, sejak kecil lagi..
Alhamdulillah.. tarbiah yang baik daripada ibu abah.. 
ALLAH.. berkatilah keluarga kami.. Aamiin ^___^~ 

[gigi dia bersih je masa ni.. sekrg.. dh patah,lubang.. kiki.. tu la makan coklat byk sgt..=)]

BERUNTUNGKAH Mereka yang LAHIR sebagai ISLAM?

Sesi soal jawab bersama Bro Shah Kirit dalam talk 'Misconceptions in ISLAM' 3/1/13

BERUNTUNGKAH Mereka yang LAHIR sebagai ISLAM?

wujud pertanyaan, 
bukankah BERUNTUNG mereka yang lahir dalam keluarga ISLAM?..
sejak lahir2 telah kenal ISLAM...

mereka yang lahir dalam keluarga bukan ISLAM,KURANG BERNASIB BAIK.. kerana lahir dalam keadaan yang tidak kenal ISLAM..


Jawapannya:
Allah menilai apa yang kita ketahui..
sekiranya tidak sampai ilmu tentang ISLAM di negara @ kampung kamu... (seperti di Amerika Latin @ sebagainya)
ALLAH tidak akan menghukum kamu atas apa yang tidak kamu ketahui...

JADI>
1) mereka yang lahir dalam keluarga bukan ISLAM,ALLAH tidak akan menghukum mereka, selagi mereka dalam keadaan tidak mengetahui..

2) mereka yang lahir dalam keadaan ISLAM.. beruntung [Alhamdulillah].. TAPI mempunyai TANGGUNGJAWAB BESAR untuk menjaga nikmat IMAN dan ISLAM yang ALLAH beri, serta tanggungjawab untuk sampaikan dakwah,ilmu tentang ISLAM, kepada mereka yang belum mengetahui..

3) dunia sekarang,ilmu tentang ISLAM dah tersebar luas.. 
*dunia di hujung jari*
yang bukan ISLAM diuji ALLAH,:
-samada sombong @ tidak selepas mengetahui tentang ISLAM, 
-samada ingin menyahut seruan untuk menjadi ISLAM @ tidak..
{moga ALLAH memberi hidayah pada kita semua..Aamiin}

4) setiap hati pasti akan di'sentuh' oleh cahaya ALLAH..

5) Iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa..
Iman tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai~~

6) BAGAIMANA kamu LAHIR tidak penting..
BAGAIMAN kamu MATI yang TERAMAT PENTING....
*jika kamu ISLAM pada lahir, tidak semestinya kamu ISLAM di saat kamu MATI*

-Semoga ALLAH berikan Husnol Khatimah kepada kita..Aamiin-



SELAMAT MALAM Bulan dan Bintang.. Zzzzzz~

SELAMAT MALAM Bulan dan Bintang.. Zzzzzz~



:::TIDUR ORANG BERIMAN:::


1. Diawali niat yg tuntas untuk membantu menguatkan ibadah kepada ALLAH

2. dihiasi untaian wirid,zikir dan doa-doa (Bismikallahumma Ahya' waAmut)

3. Membaca Ayat2 Al-Quran spt (Ayat Kursi,3 Qul, 2 ayat terakhir Surah Al-Baqarah,Surah Al-Mulk,Surah Az-Zumar,Surah Al-Israk dsb)

4. Banyakkan beristighfar kepada ALLAH,Maafkan semua orang..

5. Berselawat atas Rasulullah SAW

6. Muhasabah diri

7. Berwudhuk sebelum tidur

Ulama ada berkata:
" Sekalipun rasa sangat malas,tak berdaya dan tak berapa kuat hendak bangun solat malam,jangan pula kita terlepas pahala 'berniat' hendak bangun malam."

Sabda Nabi SAW: 
"Barangsiapa mendatangi tempat tidurnya dalam keadaan untuk bangun untuk mengerjakan solat pada malam hari,kemudian ia tertidur sehingga Subuh,maka dituliskanlah untuknya pahala niat solat malam tersebut,sedangkan tidurnya itu merupakan sedekah untuk dirinya daripada RabbNya Azza Wajalla."
[Riwayat Nasa'i,Ibnu Majah dan Hakim]

-Dipetik daripada buku Syurga merinduimu tulisan Ustaz Amaluddin Mohd Napiah-


{Baby ni tidur mnghadap kiri... gambar ni sbagai hiasan sj..letak sbb dya comeyy sgt2..}

Nabi SAW tidur mengiring sebelah kanan.. n ada juga menelentang.
Huzaifah ra berkata, "Adalah Nabi apabila tidur,beliau meletakkan tanganya di bawah pipinya."

Nabi SAW membenci tidur secara meniarap,"inilah cara berbaring yang dibenci ALLAH" [riwayat Tirmizi]

dalam riwayat ibnu majah, Abu Zar berkata, " Nabi pernah berjalan melintasi aku,ketika itu aku sedang berbaring meniarap. Maka Nabi SAW membangunkan aku dengan kakinya sambil bersabda: "wahai Junaidab, sesungguhnya berbaring seperti ini adalah cara berbaringnya penghuni neraka."

Wednesday, January 2, 2013

kita bukan AYAM



Lagi2 citer pasal aurat.. =__="


TUDUNG VS TUTUP AURAT? 


yang mana satu syaria't?
bukan semua pemakai tudung menutup aurat, tapi yang menutup aurat itu memakai tudung...


Tudung--> singkat-dada 'free' laki 'nikmati'.. jarang-nampak leher putih tu... ketat-nampak bentuk telinga, sanggul tinggi macam bonggol unta..






AURAT KAMU, MASIH X DITUTUP jika begini..


KAMU, WANITA... KAMU, WAJIB TUTUP AURAT KAMU...

TIDAK BOLEH MENAMPAKKAN TUBUH KAMU... 
[Kecuali MUKA N TAPAK TANGAN]...


sumber hadis:



Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya MENAMPAKKAN tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”

(H.R. Abu Dawud)


tidak boleh MENAMPAKKAN di sini bermaksud, menutup aurat, pakai longgar2 

bukan MEMBALUT AURAT..
dan 
aurat wanita adalah SEMUA!
KECUALI MUKA DAN TAPAK TANGAN... 
so...
KAKI tu AURAT JGK... 


Tolong pakai STOKIN...

KIta manusia.. kena ikut peraturan.. sebab kaki perempuan LAWA...
kita Bukan AYAM... [pernah tengok kaki ayam, lawa x?]
x lawa... sebab tu dia xpa xpakai stokin..



hampa dh pakai tudung, 

lawa, labuh tutup dada, siap pakai handsock lg..


TAPI..

Stokin ooo stokin... mana kau menghilang?
stokin jawab: aku ada je dalam almari..


SAYANGNYAA~

awat x pakai stocking?
lagi2 kalau hampa pakai selipar ja...                              
Hurm.. sayang seribu kali sayang..-___-'
still jgk x tutup aurat dgn sempurna..
still jgk DAPAT DOSA...


SAYAANNGG SERIBU Kali SAYANNG~~



*JANGAN LUPA PAKAI STOKING*




BABY WANGII ~

Baby.. Cute, Comel, Wangi.. >_< SubhanALLAH..

                      comey subhanALLAH..
             tidur sayang~
                              dengan serbannya ^___^


                            tembammm...~


Bau baby, memang sedap >_< Rupanya bau itu asalnya dari SYURGA :')

Sabda Rasulullah S.A.W. "Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA " 


(Al-Jami'u Ash-Shagril. Hal 164)

GHIBAH [Mengumpat]

Q: Apakah PEMANIS MULUT anda hari ini?


adakah Zikrullah atau Ghibah (mengumpat)?



❁ Apa itu Ghibah?

Rasulullah SAW bersabda, "Tahukah kalian apa itu mengumpat?" Para sahabat menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."
Kemudian Baginda SAW bersabda: "Mengumpat adalah ketika engkau membicarakan mengenai saudaramu sesuatu yang dia benci."
Ada yang bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana kalau yang kami katakan itu betul-betul ada pada dirinya?"
Baginda SAW menjawab: "Jika yang kalian katakan itu benar, bererti kalian telah mengumpatnya. Namun jika apa yang kalian katakan itu tidak benar, bererti kalian telah memfitnahnya."
- (Hadis riwayat Imam Muslim)

Astaghfirullahala'ziim.. rasa sungguh banyak dosa dari sumber ini.

❁ Hukuman bagi pengamal Ghibah:

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.”Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat”

-(Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Hibban)

Hukum mengumpat itu haram dengan ijma’ melainkan pada 6 tempat yang diharuskan mengumpat padanya iaitu:

❁ Orang yang mengadu pada penguasa tentang kezaliman seseorang dengan menyebut nama orang zalim itu dan perbuatannya bertujuan untuk menghentikan kezalimannya.

❁ Orang meminta tolong bagi menghilang maksiat pada sesuatu tempat kepada yang berkemampuan dengan menyebut nama pelaku maksiat dan kesalahannya bertujuan untuk menghentikan maksiat itu.

❁ Orang yang meminta fatwa daripada yang berkelayakan tentang sesuatu masalah yang terpaksa menyebut nama dan kelakuan seperti seorang isteri bertanya tentang hal suaminya dan sikapnya yang buruk.

❁ Orang yang menakutkan orang Islam lain tentang kejahatan seseorang supaya terselamat daripada keburukan orang itu seperti menyebut kelakuan jahat seseorang perempuan yang diingini untuk dikahwini bila ditanya agar bakal suaminya tidak tertipu dan selamat.

❁ Menyebut nama seseorang yang masyhur zalim dengan nama buruk seperti Amin Tempang dan sebagainya.

❁ Menyebut nama orang yang menzahirkan kejahatannya bertujuan supaya orang lain berhati-hati dengannya dan juga agar dia menghentikan kesalahannya itu.

(Imam al-Ghazali)


-Speak_GOOD_@_Remain_SILENT-

*di kesempatan ini, sy ingin mohon maaf jika pernah ter'ngumpat' kaiian... maafkan sy ye sahabat2.. moga ALLAH kasihi kita semua... Aamiin*


NIKAH menurut SUNNAH RASUL JUNJUNGAN

Mudahnya NIKAH menurut SUNNAH RASUL JUNJUNGAN.... 


Hadis riwayat Sahal bin Sa'ad ra., ia berkata:

Seorang wanita telah datang kepada Rasulullah saw dan berkata: 

'Wahai Rasulullah, aku datang untuk menyerahkan diriku kepadamu.' 
Lalu Rasulullah saw memandang perempuan itu dan menaikkan pandangan serta menurunkannya kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepala. Melihat Rasulullah saw tidak memutuskan apa-apa terhadapnya, perempuan itu lalu duduk. 

Seketika kemudian seorang sahabat berdiri dan berkata: 'Wahai Rasulullah, jika engkau tidak berkenan padanya, maka nikahilah akan aku dengannya.'
Rasulullah bertanya: 'Apakah engkau memiliki sesuatu?' Sahabat itu menjawab: 'Demi Allah! Tidak wahai Rasulullah!'
Baginda saw berkata: 'Pulanglah engkau kepada keluargamu dan lihatlah apakah kamu (berjaya) mendapatkan sesuatu?'
Maka pulanglah sahabat itu, lalu kembali lagi dan berkata: 'Demi Allah! Aku tidak mendapatkan sesuatu!' Rasulullah saw bersabda: ' Carilah lagi walaupun hanya sekadar cincin besi!
Lalu sahabat itu pulang dan kembali lagi seraya berkata: 'Demi Allah tidak ada ya Rasulullah, walaupun sebuah cincin dari besi, kecuali kain sarung milikku ini!

Sahal berkata: Dia tidak mempunyai rida' (kain yang menutupi bahagian atas). Berarti wanita tadi hanya akan mendapatkan setengah dari kain sarungnya.

Rasulullah bertanya: 'Apa yang dapat kamu perbuat dengan kain sarung milikmu ini? Jika kamu memakainya, maka wanita itu tidak dapat memakai apa-apa. Demikian pula jika wanita itu memakainya, maka kamu tidak akan memakai apa-apa.

Lelaki itu lalu duduk agak lama dan berdiri lagi hingga terlihatlah oleh Rasulullah ia akan berpaling pergi. Rasulullah saw memerintahkan untuk ia dipanggil, lalu ketika ia datang Baginda saw bertanya: 'Apakah kamu bisa membaca Al-Quran?' Sahabat itu menjawab: 'Saya bisa membaca surat ini dan surat ini..' Sambil ia menyebutkannya satu persatu. Rasulullah bertanya lagi: 'Apakah kamu menghafalnya?' Sahabat itu menjawab: 'Ya!' 
Lalu Rasulullah bersabda: 'Pergilah, wanita itu telah menjadi isterimu dengan mahar mengajarkan surat Al Quran yang kamu hafal kepadanya.'

(Shahih Muslim, hadis no. 2554)

Tuesday, January 1, 2013

SAAT ISTIMEWA HATI dan DIA




<SAAT ISTIMEWA HATI dan DIA>


Di kala hati meronta merinduiNYA,

sujud merendah di malam hari,
tatkala tiada yang memerhati,
saat istimewa hati dan DIA,
mengharap redha daripadaNYA..

kelenjar air mata banjir,
berderai membasahi pipi sambil
hati merayu-rayu bagai bayi,
memohon perhatian DIA,
penjagaan DIA, 
dan kasih sayang DIA..

hati menangis,
agar dipandang dengan pandangan Rahmat DIA,
bukan pandangan murka DIA..
hati tidak sanggup dibiarkan,
walau sesaat tanpa jagaan DIA..
hati rela ditinggalkan oleh manusia, 
tapi tidak oleh DIA...

kerana 
hati yakin, 
Tanpa DIA,..hati gelisah
hati akur,
Tanpa DIA,hati menderita..
hati bimbang, 
Tanpa DIA, hidup sia-sia..

dalam sedu-sedan,
hati menghina diri sendiri, 
diri yang tiada apa-apa,
diri yang lemah tak berdaya,
diri yang alpa lagi hina..

diri yang BERLAGAK SOMBONG...
diri yang perasan 'raja' padahal HAMBA..

hati tunduk,
pada ketentuan DIA..
hati yakin 
dengan kasih sayang DIA..
hati bersyukur
dengan nikmat DIA..

kering sudah air mata di pipi,
namun masih bertakung di kelopak mata..
hati sampaikan selawat dan salam
pada Junjungan mulia,serta keluarganya..
<ALLAHumma Solli A'laa Muhammad,
waA'laa Aliy Muhammad SAW>

Hati mencari redha ILLAHI...


nukilan asal:


Cahaya Kesaksian
ilham dari Yang Maha Hakim..