Soalan: Azan dh wujud ke pada zaman Nabi-Nabi yang dahulu?
_______________________________________________
Azan hanya wujud pada zaman Nabi Muhammad SAW...Azan mula disyariatkan di Madinah tahun pertama hijrah.
Asal-usul azan terkandung dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Umar r.a. dengan katanya yang bermaksud:
"Semasa sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu solat dan tidak ada seorang pun yang menyeru untuk solat. Pada suatu hari mereka berbincang tentang hal itu. Berkata sebahagian daripada sahabat: 'Ambillah naqush (loceng) seperti naqush orang Nasrani (Kristian).' Berkata sebahagian yang lain pula: '(ambillah) trompet seperti trompet orang Yahudi."
Namun semua usul itu ditolak oleh Rasulullah S.A.W. Kemudian Umar al-Khattab mencadangkan supaya diteriakkan kuat-kuat.
"Telah datang waktu solat."
Cadangan Umar ini diterima oleh Baginda S.A.W tetapi dengan sedikit modifikasi kepada "Assolatu jami'ah" yang bermaksud "Marilah solat berjemaah."
-----------------------------------
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abdullah bin Zaid r.a, beliau bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki.
Abdullah: "Wahai hamba Allah S.W.T, adakah kamu jual naqush itu?"
Pembawa loceng: "Apa yang engkau buat dengannya?"
Abdullah: "Dengan naqush itu, kami menyeru kepada solat."
Pembawa loceng: "Mahukah kamu aku tunjukkan yang lebih baik daripada itu?"
Abdullah: "Ya."
Pembawa loceng: "Kumandangkanlah Allahuakbar...(hingga akhir azan)."
Keesokannya, Abdullah bin Zaid menceritakan kepada Rasulullah S.A.W mengenai mimpinya. Baginda S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya mimpi itu benar insya-Allah. Berdirilah engkau bersama Bilal dan ajarkan kepadanya apa yang engkau mimpikan itu. Hendaklah Bilal azan dengan apa yang diajarkan kepadanya kerana suaranya lebih bagus dan tinggi daripada engkau."
Kemudian Abdullah bin Zaid berdiri bersama Bilal lalu mengajarkannya lafaz azan tersebut.
Ketika Bilal hendak melaungkan azan, Umar bin al-Khattab berkata:
"Demi yang telah mengutusmu dengan benar wahai Rasulullah S.A.W, sesungguhnya aku bermimpi seperti mana yang dimimpikan olehnya (Abdullah bin Zaid)."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Segala puji bagi Allah S.W.T."
-------------------------------------
Walaupun azan disyariatkan hasil mimpi Abdullah bin Zaid yang kebetulan sama dengan mimpi Umar al-Khattab, azan bukanlah ciptaan atau cadangan manusia. Sebaliknya ia diperkuatkan lagi dengan wahyu.
Al-Bazzar berkata:
"Nabi Muhammad S.A.W telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya diatas langit yang ketujuh ketika berlakunya Israk Mikraj. Kemudian malaikat Jibril mendatanginya, lalu Baginda S.A.W menjadi Imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s, Allah S.W.T menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi."
p/s Hormati AZAN... :)
lagu NEGARAKU kita berdiri ter'pacak'... tapi seruan azan langsung tidak dijawab dan dipedulikan walaupun seruan itu dikumandangkan di langit ketujuh.
Allah~
Monday, December 31, 2012
Setiap Nabi ada sahabat karib dalam Syurga ...
"Setiap nabi akan ada sahabat karib ketika didalam syurga,dan sahabat karibku ketika didalam syurga adalah Usman r.a"
(HR AN NASA'I)
Dari Abi Dzar ra. berkata bahwa Rasulullah SAW masuk ke rumah Aisyah ra. dan beliau bersabda, “Wahai Aisyah, maukah kamu kuberikan kabar gembira?
Ayahmu (Abu Bakar Ash-Shiddiq ra.) di surga, temannya adalah Nabi Ibrahim as.
Umar di surga dan temannya adalah Nabi Nuh as., Utsman di surga dan aku temannya.
Ali di surga dan temannya adalah Yahya bin Zakaria. Thalhah di surga dan temannya Nabi Daud as.
Az-zubair di surga dan temannya Nabi Ismail as. Sa’d bin Abi Waqqash di surga dan temannya Nabi Sulaiman bin Daud.
Said bin Zaid di surga dan temannya Musa bin Imran. Abdurrahman bin Auf di surga dan temannya Isa bin Maryam.
Abu Ubaidah bin Al-Jarrah di surga dan temannya Idris as.
Wahai Aisyah, aku junjungan para nabi, ayahmu shiddiqin yang paling utama dan kamu adalah ummul mukminin.”
SubhanALLAH~
[sekadar gambar hiasan]
Nak MIMPI RASULULLAH SAW?
::Kuliah Ustaz Azhar Idrus(27/12/2012)::
Tips nak bertemu Rasulullah SAW dalam mimpi?
*Banyakkan berselawat...
ada seorang ulama' (x ingat nama) bermimpi Rasulullah SAW seminggu sekali (setiap malam jumaat).. amalan beliau, SELAWAT 70,000x selepas solat subuh setiap hari...
*kita? --> Krohhh, kroohh... @ vroom,vroom.. mamak,roti canai satu, teh tarik panas... =___="
-ALLAHumma Solli A'laa Muhammad, YaRabbi Solli A'laihi Wasallam-
LOVE_Rasulullah_4EVA
Betapa SAYANGNYA NABI SAW kepada saya,awak dan kita semua... :')
Suatu hari..
Nabi bertanya: "Siapakah hamba Allah yg mulia?"
Sahabat menjawab: "Para Malaikat ya Rasulullah"
Sahabat: "Tentulah para Nabi, merekalah yg mulia"
Nabi tersenyum lalu berkata: "Ya, mereka mulia tapi ada yg lebih mulia"
Para Sahabat terdiam lalu berkata: "adakah kami yg mulia itu ya Rasulullah?"
Nabi berkata: "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu p'juanganku, tetapi bukan kalian yg aku maksudkan..
Nabi menundukkan wajahnya, Baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu berkata..
"Wahai sahabatku, mereka adalah manusia2 yg lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian..mereka tidak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi mereka sgt rindu kpdku & saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA..MEREKALAH UMATKU...
-ALLAHumma Solli A'laa Muhammad,Wa A'laa Aliy Muhammad(SAW)-
LOVE_RASULULLAH_4EVA
Subscribe to:
Posts (Atom)