Monday, September 16, 2013

"Bagaimana untuk aku mendapatkan Allah?"

Penjelasan Habib Ali Al-Jufri tentang "Bagaimana untuk aku mendapatkan Allah?"
Penjelasan yg mudah difahami oleh umum..

Habib Ali Zain al-Abidin al-Jifri 

"Telah datang satu soalan kepadaku daripada seorang perempuan melalui Twitter, "Bagaimana untuk aku mendapatkan Allah? Aku pergi ke Makkah, tapi tidak menemuinya. Aku menunaikan solat, tapi tidak menemuiNya, aku membaca Al-Quran, tapi tidak menemuiNya. Jangan memberitahuku lakukan itu dan ini, aku telah lakukan kesemuanya."

Aku (Habib Ali) berkata kepadanya, "Aku tidak akan menyuruhmu melakukan itu dan ini, tapi aku ingin memberitahumu, bahawa jawapan kepada persoalanmu ini adalah pada soalanmu sendiri. Sebenarnya, apakah yang menggerakkan kamu untuk bertanya soalan ini kepadaku?

Kunci untuk kamu mendapatkan Allah itu ada dalam dirimu. Janganlah kamu mencari Allah di luar dirimu, tapi carilah Allah di dalam hatimu, gunakan aqalmu sebagai bantuan. Allah itu lebih daripada segala-galanya. Allah bukannya jisim yang dapat dirasa. Tiada apapun yang mampu menutupi diriNya, Zatnya Yang Maha Agung.

Kunci untuk mendapatkan Allah, adalah dengan kamu mencabut SATU PENGHALANG. PENGHALANG itu ada dalam dirimu dan juga dalam diriku. Penghalang itu bernama 'Aku', iaitu EGO. Inilah penghalang yang sebenar. Jadi, jalan sebenar untuk kamu mendapatkan Allah itu, bermula daripada DIRIMU SENDIRI.

Jika kamu benar-benar JUJUR untuk mencari Allah, kamu akan mendapatkan Allah. Apabila seseorang itu MENCARI ALLAH di HATInya, maka dia akan mendapatkan Allah di situ."

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

“Artinya : Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” [Qaff : 16]


Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=PuLtSGRK7Jg

Unta Nabi SAW


Unta Nabi SAW bernama Al-Adwa',unta ni xpernah kalah bila berlumba dgn unta2 lain..

Satu hari seorang anak muda Badwi datang dan berlumba dgn unta NAbi SAW.
dan unta orang Badwi tu menang,unta Baginda SAW kalah.

Para sahabat R.a sedih kerana mereka begitu menyokong unta Baginda.


Nabi SAW melihat mereka bersedih, Nabi berkata: 
"ALLAH ciptakan masa bila kita berada di atas dan bila kita berada di bawah."

#Kalah menang Adat permainan#
sumber: Fattabiuni

 Allahumma Solli A'laa Saiyidina Muhammad(SAW),
WaA'laa A'liy Muhammad(SAW) 
 

Pesanan Al-Marhum Habib Munzir Al-Musawa


Lapangkan masa kalian seketika untuk melihat dan menghayati peringatan yang diberikan oleh ulama yang bernama Al-Habib Munzir Al-Musawa (hafizahullah).

Beliau sudah tenang, sudah kembali pada Sang Kekasihnya, ALLAH SWT.. Al-Fatihah buat beliau.. 
Semoga beliau ditempatkan di syurga tertinggi bersama Habibi Muhammad SAW..Aamiin
__________________________________

" Hadirin hadirat,

jangan tahan lidahmu menyebut nama Allah,

jangan berat menyebut nama Allah,

dosa apa yang membuat lidah kita berat menyebut nama Allah? ..."

SEMOGA ALLAH MERAHMATI USAHA KITA YANG AMAT SEDIKIT INI DAN SEMOGA DIKURNIAKAN RASA CINTA YANG MENDALAM KEPADA ALLAH..

Tareem, Hadhramaut, Yaman.. Bumi Para Auliya'..

X kenal maka x cinta.. dah kenal, terus jatuh cinta...
i am starting to wish n dreaming about Tareem, Hadhramaut Yemen... 
~Bumi para auliya' keturunan Rasulullah Saw~














Jom amalkan bersama, doa memohon syafaat Nabi SAW

Murabbi Syeikh Muhammad Zainol Asri Hj Ramli suruh kita mengamalkan baca doa ini tiga(3) kali tiap-tiap kali selepas solat
أَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ شَفَاعَةِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ
"Ya Allah jadikanlah kami antara mereka yg mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w. Allahumma amin.."
Semoga kita Mendapat Syafaat Habiballah Rasulullah SAW apabila kita mengamalkan bacaan doa yang telah diberikan oleh Murabbi Syeikh Muhammad Zainol Asri Hj Ramli..

Jom Beramal... 

KALIMAH TERAKHIR RASULULLAH SAW BUKANLAH UMMATI BERDASARKAN RIWAYAT YANG SOHIH...


Bahawa tidak seorang Nabi pun yang dicabut nyawanya melainkan diperlihatkan tempatnya dalam syurga. Apabila Rasulullah s.a.w dalam kesakitan dan menghampirimaut, kepala baginda atas peha 'Aishah dalam keadaan pitam. Apabila baginda sedar, matanya memandang ke arah bumbung rumah lalu menyebut: "ALLAHUMMA FI AL-RAFIQ AL-A'LA (YA ALLAH! PADA TEMAN YANG MAHA TINGGI) "
=======================================================
HARI-HARI TERAKHIR
Masruq meriwayatkan daripada Aisyah r.a: Tatkala Baginda s.a.w gering, kesemua isteri Baginda berada di sisi. Tiada seorang pun yang tercicir antara mereka. Ketika mereka berhimpun, anakanda kesayangan Baginda s.a.w, Fatimah r.a datang berjalan. Demi sesungguhnya cara berjalan Fatimah tidak ubah seperti ayahandanya, Rasulullah s.a.w.

“Selamat datang wahai anakandaku,” Baginda s.a.w dengan suara yang lemah menjemput Fatimah duduk di sisinya.

Baginda membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah. Anakanda itu menangis. Kemudian Baginda s.a.w membisikkan sesuatu lagi ke telinga anak kesayangannya. Fatimah ketawa

Demi sesungguhnya, selepas wafatnya Baginda s.a.w, Aisyah r.a mengulang kembali soalan yang sama kepada Fatimah, “Aku bertanyakan engkau soalan yang engkau berhak untuk menjawab atau tidak menjawabnya. Aku ingin sekali engkau memberitahuku, apakah rahsia yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w dahulu?”

Kata Fatimah, “Ada pun sekarang, maka ya, aku bisa memberitahunya! Baginda s.a.w berbisik kepadaku dengan berkata: Sesungguhnya Jibril selalunya mendatangiku untuk mengulang semakan Al-Quran sekali dalam setahun. Namun di tahun ini beliau mendatangiku dua kali. Tidaklah aku melihat kelainan itu melainkan ia adalah petanda ketibaan ajalku. Justeru, bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah kamu dengan ketentuan ini. Atas segala yang telah ditempuh dalam kehidupan ini, sesungguhnya aku adalah untukmu wahai Fatimah!”

Aku menangis…

“Kemudian Baginda s.a.w berbisik lagi kepadaku dengan berkata: Apakah engkau gembira kalau aku khabarkan kepadamu bahawa engkau adalah penghulu sekalian wanita di Syurga? Dan sesungguhnya engkau adalah insan pertama yang akan menurutiku daripada kalangan ahli keluargaku!, aku ketawa”, sambung Fatimah.

DETIK SEMAKIN HAMPIR

Dhuha itu tepu dengan kegelisahan. Senyuman yang dilemparkan Baginda s.a.w kepada Abu Bakar dan sahabat semasa mereka mengerjakan solat Subuh tadi, benar-benar mengubat rindu mereka. Namun para sahabat tidak tahu bahawa kerinduan mereka hanya terubat seketika, dan mereka akan kembali merindui wajah itu, buat selamanya. Senyuman itu bukan senyuman kesembuhan. Ia adalah senyuman perpisahan.

“Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid!” bibir Baginda s.a.w masih tidak berhenti menuturkan pesan-pesan yang penting buat umat yang bakal dilambai perpisahan.

Aisyah r.a meneruskan catatannya: ...... Baginda s.a.w semakin gering mendepani kematian, dalam suara yang serak aku mendengar Rasulullah s.a.w berkata: Aku bersama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah ke atas mereka daripada kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada’ dan Solihin, dan itulah sebaik-baik peneman yang menemankan aku!

Dan tahulah kami, Baginda s.a.w telah menyempurnakan pilihannya itu. Dalam kegeringan itu, aku sandarkan tubuh Rasulullah s.a.w rapat ke dadaku. Telingaku menangkap bicara lemah di ambang kematian, Baginda s.a.w berbicara: Allahumma, ampunkanlah diriku, rahmatilah aku, dan temukanlah aku dengan-Mu, Temanku yang Maha Tinggi.

Ketika Baginda s.a.w bersandar di dadaku, datang adikku, Abdul Rahman bin Abi Bakar dengan siwak yang basah di tangannya. Aku menyedari yang Baginda s.a.w merenung siwak itu, sebagai isyarat yang Baginda menggemarinya. Apabila ditanya, Baginda s.a.w mengangguk tanda mahukan siwak itu. Lalu kulembutkan siwak itu untuk Baginda dan kuberikan kepadanya. Baginda cuba untuk melakukannya sendiri tetapi ketika siwak yang telah kulembutkan itu kena ke mulut Baginda, ia terlepas daripada tangan dan terjatuh. Air liurku bersatu dengan air liur Rasulullah s.a.w di detik akhirnya di Dunia ini, dan detik pertamanya di Akhirat nanti.

Di sisinya ada sebekas air. Baginda s.a.w mencelupkan tangannya dan kemudian menyapu wajahnya dengan air itu lalu berkata: Laa Ilaaha Illallaah! Sesungguhnya kematian ini kesakitannya amat sakit hingga memabukkan! Allahumma, bantulah aku mendepani Sakaraat al-Maut ini!

Baginda s.a.w mengangkat jari kirinya ke langit lalu berkata: Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! Kembalilah aku kepada Teman yang Maha Tinggi! (Allahumma Rafiqul A’laa)”

--Ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti al-Muhaddith Syeikh Abdullah Siddiq al-Ghumari juga mengkritik periwayatan yang tidak sohih seperti kisah Alqamah

=====================================================
dalam ilmu musthalah hadits ada yang namanya menjami'kan. Keduanya tak bertentangan, justru saling mendukung dan melengkapi. Maka para Muarrikh berpendapat bahwa, Di saat2 sakaratul maut yg terucap dari lisan mulia beliau adalah Ummatiy... ummatiy,,.. Ummatiy.

Sedangkan Allahumma ar-rafiiqa al-A'laa adalah diucapkan sesaat sebelum sekarat yaitu sewaktu Malaikat jibril As. datang menemuuainya bersama izroil. Setelah mengucapkan salam dijawablah salamnya oleh beliau Saw.

Kemudian Nabi Saw. bertanya: "Ji'ta Zaairon am Qabidhon?" Engkau datang untuk berkunjung ataukah untuk mencabuut nyawaku? dijawab oleh Izroil As. "Keduanya, tapi kalau Engkau tak menghendaki maka kami akan kembali dan tak jadi mencabutmu." namun Nabii Saw. menimpalinya dg perkataan tadi "ar-rafiiqal A'laa..." .

Menangislah Fathimah Ra. yg saat itu di sampingnya mendengar jawaban ayah tercintanya itu.

sesungguhnya bukanlah pada capal itu yang aku rindukan,, tetapi si dia pemakai capal itu...

 Allahumma Solli Wasallim 'Alaa Saiyidina Muhammad SAW  

Capal atau ni`al Nabi s.a.w. menjadi simbol kepada para pencinta baginda bahawasanya segala tindak-tanduk, amal-perbuatan, bahkan apa saja hendaklah sentiasa di atas jalan dan di bawah jejak kaki Junjungan s.a.w. agar tidak tersimpang perjalanan dalam menuju keredhaan Allah. Kemuliaan baginda tiada tara, sehingga baginda bertemu Rabbul 'Izzah, capal baginda masih berada di tapak kaki. Sehebat-hebat mahkota para raja dan pemerintah tidak dapat melawan kemuliaan yang telah dicapai oleh capal Junjungan s.a.w.

Ulama melakar atau membuat imej sandal Junjungan s.a.w. demi kecintaan kepada baginda s.a.w. sehingga merasakan capal di telapak kaki Junjungan s.a.w. lebih mulia dan lebih bertuah daripada diri mereka. Hal ini mungkin payah untuk difahami oleh orang-orang yang tidak mengenal cinta dan orang yang tidak pernah mengecap fana’ al-Rasul atau mencapai maqam al-‘Isyq al-Muhammadi. Perhatian diberikan hatta ke capal baginda s.a.w. bukan kerana capal tetapi kerana yang empunyanya, dan juga simbol kepada sifat tawadhu’.

Di antara kelebihannya yang telah dicuba manfaat dan keberkatannya ialah apa yang dikisahkan oleh seorang syeikh yang soleh, Abu Ja'far Ahmad bin Abdul Majid: “Aku telah membuat misal capal ini untuk seorang muridku, maka dia telah berjumpa denganku pada suatu hari dan berkata: "Kelmarin aku telah melihat keberkatan capal ini yang ajaib. Isteriku telah ditimpa sakit yang berat sehingga hampir-hampir mati, maka aku letakkan misal capal tersebut pada tempat sakitnya dan berdoa "Allahumma Ariniy Barakata Sohibi Hazan-Na'li" (Ya Allah, tunjukkanlah aku keberkatan tuan empunya capal ini, yakni Junjungan Nabi s.a.w.), lalu dia disembuhkan Allah pada waktu itu juga”. Telah berkata Abu Ishaq: "Telah berkata Abul Qasim bin Muhammad: "Di antara yang telah mujarrab keberkatannya ialah sesiapa yang membawanya bersama dengan niat untuk mengambil berkat, jadilah dia selamat daripada kejahatan penjahat, memperolehi kemenangan ke atas musuh dan mendapat penjagaan daripada syaitan yang jahat serta dipelihara daripada kedengkian orang-orang yang hasad. Dan jika dibawa oleh orang perempuan hamil yang sedang sakit hendak bersalin pada sebelah kanannya, nescaya dipermudahkan urusannya tersebut dengan pertolongan dan kekuatan Allah."

sesungguhnya bukanlah pada capal itu yang aku rindukan,, tetapi si Dia yang memakai capal itu.....

copy dari page Majlis Zikir Hidayah (Madrasah Al-Hidayah Al-Ghazaliah)